-->

Rakyat perlu berani gantikan nasi dengan ubi kayu

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menggesa rakyat berani melakukan perubahan dengan tidak terus bergantung pada beras, sebaliknya menggantikannya dengan ubi kayu.

Beliau berkata, ubi kayu yang kaya dengan karbohidrat dan mempunyai kandungan gula yang lebih rendah berbanding beras, boleh menjadi pilihan makanan tambahan yang baik.

Beliau juga menekankan bahawa Sarawak telah berjaya menggunakan ubi kayu sebagai makanan tambahan. Ini menunjukkan bahawa ubi kayu boleh diterima oleh masyarakat dan berpotensi untuk dijadikan sebagai alternatif kepada beras.

“Saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan), sebab ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah,” katanya.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan membuka peluang kepada rakyat untuk mengusahakan tanah terbiar dan menanam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran.

Dengan langkah itu, ia sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan import dan menurunkan harga makanan apabila penawaran bertambah.

Sumber: Harian Metro

The post Rakyat perlu berani gantikan nasi dengan ubi kayu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar