-->

Azizulhasni Awang luah rasa syukur layak ke Sukan Olimpik Paris

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerusi satu hantaran meluahkan rasa syukur apabila layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung bermula 23 Julai hingga 11 Ogos nanti.

Penyertaan beliau kali kelima itu dianggap sebagai satu sejarah besar buatnya memandangkan proses kelayakan yang sukar dan rumit.

“Kelayakkan kali ke-5 ini adalah satu sejarah besar buat legasi saya kerana saya adalah atlet lelaki Malaysia pertama yang mencapai pencapaian tersebut.

“Sukan lumba basikal adalah antara sukan yang proses kelayakkannya amat sukar dan rumit.

“Ditambah pula dengan pelbagai cabaran luaran yang terpaksa diharungi sepanjang proses tersebut,” tulisnya.

Katanya lagi, faktor umur bukan sesuatu perkara yang mustahil untuk mencapai sesuatu objektif.

“Setiap kitaran Sukan Olimpik itu mengambil masa selama 4 tahun. Bermaksud, pembabitan saya di temasya Sukan Olimpik ini sahaja sudah menelan tempoh 20 tahun.

“Penampilan di temasya kali ini juga amat menarik kerana saya sudah mencecah usia 36tahun. Usia dimana rata-rata dari kita percaya yang ianya sudah lewat dan prestasi seseorang atlet itu mulai melantai.

“Apa yang saya tonjolkan kepada mereka yang celik disini adalah iainya bukan sesuatu yang mustahil untuk kita mendustai normal,” katanya.

Selain Azizulhasini, dua lagi pelumba iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pengesahan berhubung perkara berkenaan menerusi pemberitahuan rasmi daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), awal pagi tadi.

Katanya, UCI secara rasmi mengumumkan kuota perlumbaan trek itu kepada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) setiap negara.

Sumber: Azizulhasni Awang, Dato’ Amarjit Singh Gill

The post Azizulhasni Awang luah rasa syukur layak ke Sukan Olimpik Paris appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar