-->

Penjawat awam malas, lembab, bermasalah, tiada disiplin tidak akan terima kenaikan gaji automatik – PM

1 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji bagi penjawat awam, lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial dan sudah tentunya golongan penjawat awam gembira dengan pengumuman tersebut. Namun, perlu diingatkan bahawa kenaikan gaji itu tidak akan berlaku secara automatik.

Menurut Anwar, bagi penjawat awam yang bermasalah dari segi prestasi, lembab bekerja, tidak hadir, punyai masalah disiplin, tidak akan menerima sebarang kenaikan gaji.

“Sekarang umpamanya mengikut tahun (perkhidmatan), kadang-kadang orang itu lembab bekerja, tidak hadir, ada masalah disiplin (tetapi) terus dinaikan gaji secara automatik.

“Kita hendak mengingatkan, ia (kenaikan gaji baharu) tidak automatik. Mungkin automatik 95 peratus, bagi lima peratus yang dirasakan lembab dan ada masalah itu, kita akan memperkenalkan kaedah supaya mereka dinafikan (kenaikan gaji),” katanya.

Bagi beliau, kenaikan gaji itu seharusnya dinikmati secara adil dan tidak adil sekiranya orang yang bekerja bertungkus lumus mendapat kenaikan gaji, (tetapi) orang yang malas, lembab pun mendapat kenaikan secara automatik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

The post Penjawat awam malas, lembab, bermasalah, tiada disiplin tidak akan terima kenaikan gaji automatik – PM appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar