-->

‘Saya hanya pegang pen, bukan vape,’ – Ahli Parlimen Tanah Merah nafi dakwaan hisap vape di Dewan Rakyat

Satu gambar tular memaparkan Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz yang didakwa menghisap vape sambil berjalan keluar dari Dewan Rakyat. Berikutan itu, ramai yang mengecam tindakan beliau seolah tidak menghormati undang-undang.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan itu sebaliknya menyatakan apa yang dipegangnya ketika itu adalah pen.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah orang merokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.

Bagaimanapun, Ikmal berkata beliau sedia memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.

“Saya boleh memberikan penjelasan, tak ada isu, satu Parlimen Tanah Merah tahu saya bukan perokok dan saya menyokong (usul pernah dibawa bekas Menteri Kesihatan) Khairy Jamaluddin berkaitan had umur 17 tahun tidak boleh membeli rokok, saya sokong 100%,” katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata beliau akan menghantar surat kepada Ikmal bagi menuntut penjelasan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan Ikmal boleh dikenakan tindakan bawah Peraturan Mesyuarat 41 (D) iaitu seseorang ahli tidak boleh merokok di Dewan Mesyuarat.

Untuk rekod, pada Ogos 2022 Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dikenakan tindakan kerana menghisap vape di Dewan Rakyat. Beliau juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka di atas tindakan beliau itu.

Sumber: Free Malaysia Today, Twitter

The post ‘Saya hanya pegang pen, bukan vape,’ – Ahli Parlimen Tanah Merah nafi dakwaan hisap vape di Dewan Rakyat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar