-->

2 bulan tunggang motosikal Kriss 110, remaja usia 18 tahun berjaya tiba di Mekah

Semua perkara boleh dicapai jika individu mempunyai kesungguhan dan azam yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Perkara itu juga dibuktikan oleh seorang pemuda berusia 18 tahun yang berjaya tiba di Mekah hanya dengan menunggang motosikal.

Menerusi hantaran bapanya di Facebook, Muhammad Aidil Nursulhi telah menyertai Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah yang telah bermula pada Mac yang lalu.

“Alhamdullillah…Allahuakhbar! Terima kasih buat semua. Tahniah buat “Anak Abah” Muhammad Aidil,” tulisnya.

Dalam pada itu, bapa kepada Muhammad Aidil turut berkongsikan perjalanan anaknya ke sana bukan secara solo, tetapi dalam kumpulan.

“Inilah barisan team motorsikal Jelajah Silaturrahim Malaysia ke Mekah 2024.

“Ramai yang tertanya tanya, adakah mereka semua solo rider, tidak jawapanya. Mereka satu pasukan tak ubah seperti sebuah keluarga yang saling bantu membantu,” tulisnya.

Dari Melaka ke Mekah, pemuda berkenaan hanya menunggang motosikal Kriss110 ke Tanah Suci.

Menerusi hantaran di Facebook Muhammad Aidil pula turut dikongsikan pengalaman dan perjalannnya ke beberapa buah negara.

Sumber: Aimpro Samudra, Muhammad Aidil

The post 2 bulan tunggang motosikal Kriss 110, remaja usia 18 tahun berjaya tiba di Mekah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar