-->

Kongsi hantaran fakta mengenai nasi lemak, FB CIA jadi tumpuan ramai

Facebook rasmi Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadi perhatian netizen apabila memuat naik satu hantaran mengenai nasi lemak.

Hantaran tersebut ternyata mengejutkan netizen lebih-lebih lagi CIA turut berkongsikan fakta mengenai makanan kegemaran terkenal rakyat Malaysia itu.

“Ia dipanggil dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘nasi lemak’ kerana penyediaan juadah tersebut menjadikan ia berlemak dan penuh rasa.

“Nasi lemak merupakan nasi wangi yang dimasak dalam santan dengan daun pandan, serai, halia dan rempah ratus yang lain.

“Kebiasaan dihidangkan bersama telur rebus, ikan bilis goreng, sambal dan kacang tanah panggang,” katanya.

Dalam pada itu juga, CIA, menyatakan perkongsian tersebut merupakan sebahagian maklumat daripada Buku Fakta Dunia milik agensi berkenaan.

“Buku Fakta Dunia CIA ialah sumber awam yang menyediakan risikan asas mengenai 266 entiti dunia, termasuk fakta perjalanan dan profil negara,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rakyat Malaysia khususnya tidak melepaskan peluang meluahkan rasa bangga dengan hantaran berkenaan. Mereka juga turut berkongsikan menu-menu popular lain yang terkenal di Malaysia.

Sumber: CIA

The post Kongsi hantaran fakta mengenai nasi lemak, FB CIA jadi tumpuan ramai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar