-->

‘Kita dalam zaman kebanjiran idola, kemarau teladan’ – Menteri ulas isu tular menjadi isu & cabaran dalam pendidikan hari ini

Isu-isu tular sentiasa menjadi perhatian umum tanpa mengira isu tersebut berkait soal peribadi atau sensitiviti mana-mana pihak. Tidak dapat dipastikan samada isu tular dijadikan sebagai satu pengajaran atau sekadar meraih perhatian.

Baru-baru ini juga pemenang anugerah ‘creator of the year’ Khairul Aming dalam ucapannya telah menitipkan pesanan kepada golongan muda yang ingin berjinak dalam pencipta kandungan agar menjadi seorang yang berilmu bukan sekadar mengejar perkara tular.

Perkara ini juga disuarakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek dalam satu ucapannya. Perkara-perkara tular katanya antara isu dan cabaran dalam pendidikan pada hari ini.

“Cukup kita dalam zaman ini, kita sudah kebanjiran idola tetapi kemarau teladan.

“Jangan sampai anak-anak kita tak tahu membezakan yang mana substance, yang mana yang menjadi perkara-perkara yang viral ini,” katanya.

@fadhlinasidek

Tak Viral Tak Settle (TVTS), adalah antara isu dan cabaran dalam pendidikan hari ini.

♬ original sound – Fadhlina Sidek – Fadhlina Sidek

Dalam ucapannya juga dia menyentuh kuasa tular ini telah mempengaruhi keputusan dan tindakan oleh mana-mana pihak tanpa mencari sumber yang sahih dan tepat.

“Dalam dunia hari ini, kita ada masalah besar, TVTS (Tak Viral, Tak Settle), jadi sampai bila masyarakat kita berdepan dengan isu-isu macam ni tanpa rasa ada untuk cari maklumat yang betul.

“Dan itu juga yang kita cuba lakukan kepada anak-anak kita, beritahu mereka yang viral tu tak sebenarnya betul. Itu cabaran pendidikan hari ini untuk menyaring berita-berita yang benar,” katanya.

Sumber: TikTok Fadhlina Sidek

The post ‘Kita dalam zaman kebanjiran idola, kemarau teladan’ – Menteri ulas isu tular menjadi isu & cabaran dalam pendidikan hari ini appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar