-->

Wanita dirogol secara bergilir-gilir oleh 5 rakan kepada abang iparnya, sambil dirakam

Seorang wanita tampil membuat laporan polis, mendakwa dia telah dirogol oleh lima lelaki secara bergilir-gilir di rumahnya di Wangsa Maju, semalam.

Mangsas berusia 27 tahun itu berkata, kejadian berlaku pada jam 3.30 pagi ketika dia sedang tidur di dalam bilik.

Mangsa tersedar apabila mendapati mulutnya ditutup dengan tangan oleh seorang suspek yang disyaki merupakan rakan kepada abang iparnya.

Mulut mangsa turut ditutup menggunakan pita pelekat dan tangannya diikat sebelum dirogol dan dirakam.

Selepas merogol mangsa, kesemua suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera dan lebam di bahagian tangan.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu segera membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The post Wanita dirogol secara bergilir-gilir oleh 5 rakan kepada abang iparnya, sambil dirakam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar