-->

14 pelajar dicukur kepala kerana enggan pakai anak tudung & pelajar dipaksa musnahkan handphone selepas kantoi bawa peranti ke sekolah

Seorang guru di sebuah sekolah di Indonesia bertindak mencukur kepala 14 pelajar perempuan kerana tidak memakai tudung dengan sempurna.

Insiden itu berlaku di sebuah sekolah menengah, SMPN 1 Lamongan, dalam wilayah Jawa Timur.

Ekoran itu juga, pengetua sekolah, Harto berkata pihak sekolah telah membuat permohonan maaf dan menggantung tugas guru tersebut.

“Tiada kewajipan rasmi untuk pelajar perempuan memakai tudung di sekolah, namun mereka digalakkan memakai anak tudung supaya kelihatan lebih kemas,” katanya.

Pelajar-pelajar terlibat bagaimanapun dikatakan enggan menuruti saranan tersebut yang menyebabkan anak rambut mereka dapat dilihat.

Pihak sekolah telah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan waris pelajar terlibat serta mencapai persetujuan bersama.

Sekolah berkenaan turut berjanji untuk menyediakan bantuan psikologi ke atas para pelajar berkenaan bagi membantu mereka menangani trauma daripada kejadian tersebut.

Kes berkenaan menerima kritikan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia yang turut menggesa agar guru tersebut dilucutkan daripada jawatannya.

Sementara itu, turut dilaporkan seorang pelajar di sebuah sekolah pondok di Indonesia dipaksa untuk memusnahkan telefon bimbitnya dengan menggunakan tukul selepas didapati dia membawanya ke sekolah.

Beberapa pelajar sebuah sekolah pondok diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan mereka ditangkap membawa telefon ke sekolah.

Sumber: Kosmo! Online

The post 14 pelajar dicukur kepala kerana enggan pakai anak tudung & pelajar dipaksa musnahkan handphone selepas kantoi bawa peranti ke sekolah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar