-->

Peta baru hasil bumi China cetus kebimbangan, Sabah & Sarawak dimasukkan sebahagian wilayah negara itu

Kementerian Sumber Asli China telah mengeluarkan peta baru yang menunjukkan kawasan sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak dimasukkan sebagai sebahagian wilayah negara itu.

Perkara ini sudah semestinya mengundang kebimbangan orang ramai dan meminta kerajaan supaya segera campur tangan menangani isu ini.

“Mereka masukkan Sabah dan Sarawak dalam peta mereka, bukti mereka semakin menuntut ZEE kita di Laut China Selatan.

“Malaysia masih nak lalai? Masih nak cakap kita nak berperang dengan siapa? Walaupun depan-depan cakap kita sahabat baik, satu cara yang kita boleh buat yang pertama tukar nama,” kata Irfan.

Beberapa cadangan turut dikemukakan oleh Irfan bagi mencapai penyelesaian kepada isu terbabit. Antaranya nota diplomatik iaitu dengan menyuarakan bantahan, peranan TLDM serta menggabungkan beberapa negara lain untuk menentang hak yang dituntut oleh negara China.

China tiada asas undang-undang tuntut ZEE

Walau bagaimanapun, menurut Geostrategis yang juga Felo Kanan Akademi Nusantara NASR, Prof Dr Azmi Hassan berkata China disifatkan tidak mempunyai asas mengikut undang-undang antarabangsa untuk meletakkan kawasan negara ini, khususnya perairan Sabah dan Sarawak dalam daerah kekuasaannya seperti digambarkan menerusi peta standard edisi 2023 negara itu. Ini kerana kawasan yang dimaksudkan dalam peta itu adalah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

“Malaysia ada asas undang-undang, bukan sahaja bertindih dengan negara kita, malah dengan Vietnam dan Filipina pun bertindih kerana ZEE.

“Berasaskan perundangan maritim antarabangsa, Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS), China tak ada asas undang undang, jadi dalam hal ini kita tidak perlu terkejut atau merasa gempar,” katanya.

Pakar undang-undang maritim antarabangsa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, pula menyarankan Malaysia segera membuat bantahan terhadap tindakan China itu, selain mengeluarkan peta baharu negara kerana yang terakhir dibuat adalah pada 1979.

“Wisma Putra perlu protes dan kita perlu selalu membuat kenyataan yang kita tidak mengakui Sembilan Garis Putus yang dituntut China (di Laut China Selatan).

“Kita perlu terus-menerus menegaskan yang kita memiliki hak berdaulat ke atas Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sumber: Irfan Newboys, Berita Harian

The post Peta baru hasil bumi China cetus kebimbangan, Sabah & Sarawak dimasukkan sebahagian wilayah negara itu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar