-->

‘Cuci pinggan boleh hilangkan stress 75%, tambah inspirasi 25%’ – Kajian Universiti

Satu kajian daripada Universiti Florida mendapati inidvidu boleh mengurangkan tekanan jika mencuci pinggan. Tekanan dapat dikurangkan sehingga 75% bahkan dapat inspirasi sebanyak 25%.

Laporan Time mengatakan sebanyak 51 mahasiswa dilibatkan dalam kajian itu. Sebelum mencuci pinggan, sebahagian daripada mereka diminta membaca satu perenggan panjang arahan mencuci pinggan dengan penuh perhatian manakala sebahagian lagi diminta membaca perenggan yang pendek.

Mereka diminta berbuat demikian untuk melihat seseorang itu tertumpu pada tugas yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, ketika mencuci pinggan, kita sepenuhnya sedar kita sedang mencuci pinggan.

“Kedengarannya seperti agak pelik kerana itu hanya perkara mudah, tapi itu adalah maksudnya.

“Fakta bahawa saya berdiri di sana dan mencuci pinggan adalah sebuah kenyataan. Saya sepenuhnya jadi diri saya sendiri, sedar akan kehadiran dan sedar akan fikiran dan tindakan saya,” kata seorang pelajar.

Hasilnya, individu yang mencuci pinggan dengan sedar mereka fokus pada aroma sabun, suhu air dan sentuhan (pinggan) mengalami peningkatan inspirasi sebanyak 25% dan penurunan gugup sebanyak 27%.

Dan mereka yang tidak mencuci pinggan tidak mendapat manfaat sama sekali dari tugas yang dilakukan.

Hasil kajian tersebut didapati, individu dapat mengurangkan tekanan hanya dengan melakukan pelbagai aktiviti harian yang umum tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk merawat tekanan dan kemurungan.

Sumber: Time

The post ‘Cuci pinggan boleh hilangkan stress 75%, tambah inspirasi 25%’ – Kajian Universiti appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar