-->

Pemandu e-Hailing leka periksa mesej di apps, terlanggar dua penunggang basikal di Kota Warisan

Ahad lalu, tular video dua penunggang motosikal dilanggar sebuah kereta dalam kejadian yang berlaku berhampiran jalan susur masuk ke Kota Warisan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu dan penunggang basikal yang terbabit dalam kemalangan itu.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 7.15 pagi yang membabitkan dua penunggang basikal dan seorang pemandu e-hailing.

Difahamkan, pemandu e-hailing berkenaan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari Kajang. Ketika kejadian, pemandu berkenaan sedang leka memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbitnya.

Kelekaannya menyebabkan dia terlanggar seorang penunggang basikal dari belakang dan mangsa melanggar rakannya di hadapan. Akibat dari pelanggaran itu, kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan raya.

Akibat daripada kejadian itu, kereta e-hailing tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala basikal mangsa rosak di bahagian tayar dan rim belakang.

Sumber: Sinar Harian

The post Pemandu e-Hailing leka periksa mesej di apps, terlanggar dua penunggang basikal di Kota Warisan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar