-->

‘Orang Malaysia tak friendly berbanding Thailand’ – TikToker Mat Saleh kecewa senyuman tak dibalas

Malaysia dikenali sebagai ‘Truly Asia’, selalu menjadi tarikan bagi pelancong luar kerana kepelbagaian budaya, makanan yang lazat dan tempat-tempat menarik yang indah.

Namun, satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pelancong bernama Marilyn Ruv baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi.

Marilyn, dalam video yang dimuat naik di akaun TikToknya, mendakwa masyarakat di negara ini kurang mesra berbanding dengan masyarakat Thailand.

@marilyn_ruv

Not really anything bad, just feel like that, generally country so really nice and beautifel #travel #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Marilyn_ruv

Rasa tak selesa

Menurutnya, masyarakat Malaysia jarang senyum, apatah lagi mahu membalas senyuman. Hal ini membuatkan dia merasa tidak selesa.

“Dari pengalaman saya di Thailand, saya biasa mendapat banyak perhatian dan senyuman. Tetapi di sini, saya merasa sedikit gugup. Saya tahu undang-undang di sini ketat, tetapi saya merasa tidak selesa,” katanya.

Kenyataan Marilyn ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang mencuba menjelaskan bahawa orang Malaysia adalah pemalu, tetapi Marilyn menafikannya dengan berkata, “Bukan kelihatan malu tetapi kelihatan seperti mereka membenci saya.”

Ada juga yang mencadangkan agar Marilyn melancong ke Pantai Timur Malaysia, di mana masyarakat di kawasan itu dikatakan lebih mesra. Namun, Marilyn menjelaskan dia pernah ke Pantai Timur dan mengakui perkara itu. Tetapi tidak semesra layanan yang diterimanya ketika berada di Thailand.

Nak cari perhatian?

Jawapan balasnya itu membuatkan netizen mula merasakan bahawa Marilyn sebenarnya hanya mahu mencari perhatian di media sosial.

“Biasalah orang putih ni. Mereka nak orang memuja mereka,” kata seorang netizen.

“Kesah pulak aku. Hari dah la panas, memang tak la nak senyum-senyum dengan orang asing ni,” tambah seorang lagi netizen lain.

Walaupun ada beberapa kritikan, namun perlu diingatkan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman dan persepsi yang berbeza. Perlakuan dan sikap orang ramai tidak boleh digeneralisasikan berdasarkan pengalaman seorang individu.

Malaysia masih merupakan destinasi pelancongan yang popular dan terkenal dengan kepelbagaian budaya dan keindahan semulajadi.

The post ‘Orang Malaysia tak friendly berbanding Thailand’ – TikToker Mat Saleh kecewa senyuman tak dibalas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar