-->

Singapura kutuk serangan udara Iran ke atas Israel

Susulan serangan udara yang dilakukan oleh Iran terhadap Israel, Singapura mengutuk sekeras kerasnya tindakan tersebut. Serangan tersebut seperti menambahkan lagi ketegangan konflik yang berlaku seterusnya menjejaskan kestabilan rantau itu.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura, mereka sangat prihatin terhadap keadaan yang tidak menentu di Timur Tengah dan kesan perang berterusan di Gaza yang dikhuatiri akan merebak ke tempat-tempat lain di rantau tersebut.

Sehubungan dengan itu, Singapura menggesa semua pihak supaya bertenang dan mengawal diri daripada tindakan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Menerusi satu laporan juga menyebut perkara utama yang harus ditumpukan adalah usaha untuk memeterai gencatan senjata dengan segera; membebaskan para tebusan dengan segera dan tanpa bersyarat; serta menghantar bantuan kemanusiaan dengan segera, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang terjejas di Gaza.

Dalam pada itu, Singapura menggesa rakyatnya untuk menangguhkan sebarang pelan perjalanan ke Iran melihat kepada situasi keselamatan di negara berkenaan.

Terdahulu, Iran melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu balistik ke Israel.

Iran menegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu.

Sumber: mediacorp,Sinar Harian

The post Singapura kutuk serangan udara Iran ke atas Israel appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar