-->

‘Itu gambar lama sebelum kisah kami viral’ – Misya perjelas gambar dimuat naik Marrisa

Beberapa hari lalu, hantaran daripada selebriti Abby Abadi menjadi tumpuan ramai setelah melihat kelibat Marissa Dania dan suaminya, Aslam ke rumah Abby Abadi. Kelihatan Marissa mencium tangan Abby dan memeluk Abby dengan erat. Aslam juga dilihat bersalaman dengan Abby.

Susulan itu juga, hantaran di Ig story milik Marissa juga menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik gambar dirinya bersama Misya seolah menunjuk kepada netizen bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja.

Namun begitu, Misya tampil menjelaskan gambar itu sebenarnya gambar lama ketika kisah mereka belum tular di media sosial dan menafikan dakwaan yang mengatakan hantaran berkenaan sebagai satu ‘content’ atau ‘marketing’.

“Gambar ni sebelum viral, dimana sebelum ni Misya dan Marissa dah pun berbaik. Sebab Misya terima poligami dan dengan apa yang terjadi. Kami pun berdamai. Tapi lepas viral kisah nikah ni semua berubah, ada sedikit berbalah dan masing-masing buat hal sendiri.

“Misya tak pernah cakap kami bermusuh, tapi Misya tekankan pada kes yang modelling satu brand ni untuk jaga sensitiviti semua pihak. Situasi sekarang tak seperti dalam gambar,” katanya.

Sementara itu, kakak kepada Misya menyelar tindakan Marissa yang berkongsi gambar bersama adiknya.

“Tiba-tiba keluarkan gambar berdua. Dia diam, dia reda, dia mengalah, dia berdamai dengan takdir bukan tiket untuk orang lain boleh ‘gula-gulakan’.

“Awak jangan lupa dia bukan seorang. Ada ramai di belakang dia.

Tak pasal-pasal orang ingat selama ni dia drama, marketing, konten. Jaga-jaga ya kalau nak keluarkan statement apa-apa. Nak pesan awal takut makan diri,” tulisnya.

Sumber: kakya_nadia

The post ‘Itu gambar lama sebelum kisah kami viral’ – Misya perjelas gambar dimuat naik Marrisa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar