-->

Berita baik! Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13% mulai Disember ini

Bersempena sambutan Hari Pekerja 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus, berkuat kuasa mulai 1 Disember depan.

Menurut beliau, ini merupakan kenaikan gaji tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, melebihi kadar 13 peratus yang pernah dicapai sebelum ini.

Selain itu, Anwar juga mengumumkan bahawa pendapatan minimum penjawat awam, termasuk elaun, akan ditetapkan pada RM2,000, yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM10 bilion.

“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, termasuk gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.

“Namun, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.

“Untuk tahun depan, bila kita mula melaksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan. Ini adalah kenaikan paling baik dalam negara,” katanya.

Anwar juga menegaskan kerajaan akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

The post Berita baik! Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13% mulai Disember ini appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar