-->

Wanita dakwa jadi kekasih Aliff Aziz sejak Januari 2024, dedah ada bukti Aliff dipergunakan

Belum reda kontroversi isu melibatkan selebriti Aliff Aziz, seorang wanita menerusi satu hantaran di Instagram pula mendakwa dia merupakan kekasih kepada artis berkenaan sejak Januari 2024.

Dalam pendedahan tersebut, wanita berkenaan menyatakan dia tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan tetapi berasa kasihan melihat hanya Aliff seorang sahaja yang dikecam.

Menerusi pendedahan terbabit juga, dia mendakwa Aliff telah dipergunakan oleh pelakon wanita yang telah ditangkap khalwat bersamanya.

“Saya lihat di media sosial, hanya Aliff sahaja yang dikecam, dibenci dan dikeji. Sebab perempuan yang mempergunakan dia selayaknya bersalah sama,” tulisnya.

Wanita yang dikenali dengan nama Sarah Yasmine itu turut berkongsikan, pelakon lelaki berkenaan telah menumpang di rumahnya selama sebulan sepanjang tempoh penggambaran drama Terjerat.

Dan ketika itu juga, Sarah ternampak mesej perbualan Whatsapp antara Aliff dan pelakon wanita berkenaan. Katanya, dia terkejut melihat perbualan mereka seperti pasangan sedang bercinta.

“Saya terkejut melihat perbualan Aliff dan NRF. Saya melihat rancangan NRF untuk membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella. Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk protect NRF dan semua yang Aliff lakukan adalah dengan suruhan NRF.

“Hancur saya lihat perbualan tu, dan melihat perancangan NRF untuk menjatuhkan Bella,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan juga, wanita berkenaan turut berkongsikan gambar dia bersama Aliff dan mesej perbualan Aliff dan pelakon wanita yang dimaksudkan.

Sumber: Sarah Yasminekh

The post Wanita dakwa jadi kekasih Aliff Aziz sejak Januari 2024, dedah ada bukti Aliff dipergunakan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar