-->

‘Anak bawah 13 tahun tidak dibenarkan miliki akaun media sosial’ – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi mengingatkan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial.

Katanya, anak-anak yang berusia di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial dan kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan berkenaan memiliki akaun media sosial.

“Sekiranya ada anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial, ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC. Kita akan akan shut down (tutup) akaun tersebut,” katanya.

Jelas beliau lagi, isu mengenai pemilikan akaun media sosial ketika ini adalah pihak media sosial menyerahkan sepenuhnya pendaftaran pembukaan akaun kepada pengguna tanpa kaedah pembuktian untuk memastikan usia mereka melebihi syarat dibenarkan.

Susulan itu, pihaknya mengadakan siri pertemuan dengan pihak berkaitan seperti Meta yang menguruskan aplikasi akaun media sosial untuk mengemukakan perancangan mereka bagi menangani isu pemilikan akaun media sosial dalam kalangan kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

“Kita lihat ada beberapa perkara daripada pihak media sosial yang perlu dimaklumkan kepada kita dahulu.

“Harapan saya menjelang awal Mei ini, akan ada pengumuman mengenai perbincangan dengan semua platform media sosial khususnya berhubung keselamatan dalam talian berkait kanak kanak,” katanya.

Sumber: Bernama

The post ‘Anak bawah 13 tahun tidak dibenarkan miliki akaun media sosial’ – Fahmi Fadzil appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar