-->

‘Jimat RM3,000 dari kena scam aircond!’ – Pengadu

Adanya sesetengah pihak yang menyediakan perkhidmatan membaikipulih aircond atau pendingin hawa bersikap tidak jujur ketika memberi perkhidmatan. Bagi pemilik kediaman yang kurang pengetahuan mengenai perkara ini, kebiasaannya akan ditipu sehingga ribuan ringgit.

Beberapa hari lalu, seorang individu berkongsi pengalamannya yang nyaris menanggung kerugian RM3,000 apabila dimaklumkan bahawa kos membaikpulih penghawa dinginnya terlalu mahal. Dan ‘tukang servis’ mencadangkan untuk menukar kepada pendingin hawa baru.

“Aircond ruang tamu rumah saya tiba-tiba menjadi tak sejuk, hanya keluar angin sahaja. Saya panggil orang aircond datang periksa untuk tengok apa masalahnya.

“Lepas dia periksa, dia kata lebih baik tukar aircond baru terus. Sebab, kalau baiki juga, mahal aircond model ini. Kalau tukar baru, hampir RM3000 dengan siap pasang brand ini yang 2.0hp,” tambahnya.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak terus bersetuju. Malah berasa curiga kerana tukang servis tidak membuka dan memeriksa apa yang rosak di dalamnya. Hanya memeriksa gas dan menyentuh-sentuh bahagian luaran sahaja. Terus membuat kesimpulan dan mencadangkan pendingin hawa ditukar berbanding dibaiki.

Gambar: Mohd Hanizal

“Lepas orang aircond itu balik, saya cuba buka dan periksa sendiri. Rupanya kapasitor yang rosak. Harga kapasitor di Shopee cuma RM2 sahaja. Kalau pergi ke kedai barang elektrik, tak sampai RM10.

“Selepas tukar kapasitor, aircond terus kembali sejuk. Alhamdulillah,” jelasnya.

Para pengguna dinasihatkan berhati-hati dalam mendapatkan perkhidmatan membaikipulih pendingin hawa. Jangan mudah percaya dan selalu mendapatkan pendapat kedua sebelum membuat keputusan.

Sumber: Mohd Hanizal

The post ‘Jimat RM3,000 dari kena scam aircond!’ – Pengadu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar