-->

Beberapa hari lebih awal, sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal

Sebahagian umat Islam di daerah Panggang, Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia menyambut 1 Syawal pada Jumaat, 5 April 2024. Jemaah di daerah itu dilaporkan menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah imam Masjid Aolia yang dikenali sebagai Mbah Benu.

Sumber Gambar : Kompas

Ketika ditanya mengenai penetapan Aidilfitri tersebut yang lebih awal lima hari, Mbah Benu berkata penetapan tersebut tidak menggunakan perhitungan tertentu sebaliknya berdasarkan keyakinan dan ‘spritual’.

“Sebenarnya ini adalah kerana keyakinan. Di Indonesia kita boleh beraya awal atau puasa awal. Tiada masalah.

“Yang penting jaga kesatuan dan jangan menyalahkan yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mbah Benu juga menyatakan jemaah-jemaah tersebut bukan hanya di sekitar Gunungkidul, tetapi juga terdapat di daerah dan negara lain termasuk Malaysia, India, Papua dan bermacam-macam lagi.

Sumber Gambar: Kompas

Terdahulu, jemaah Masjid Aolia dilaporkan sudah mula berpuasa pada 7 Mac lalu, lima hari lebih awal dari bulan Ramadan.

Sumber: Kompas

The post Beberapa hari lebih awal, sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar