-->

Setelah 17 tahun, Jovian Mandagie umum penutupan 2 jenama

Jenama pakaian daripada pereka fesyen terkenal Dato’ Jovian Mandagie sudah tidak asing lagi dalam kalangan wanita. Setiap keluaran yang dihasilkan pastinya menjadi rebutan pelanggan. Bukan hanya kerana jenama, tetapi kualiti yang dibuat menjadikan jenama berkenaan sentiasa menjadi pilihan wanita.

Bagaimanapun, pengumuman daripada Jovian mengejutkan semua peminat koleksi jenama beliau.

Jovian dalam satu hantaran memaklumkan penutupan Jovian RTW dan Jovian Mandagie couture secara rasmi setelah 17 tahun ditubuhkan.

Dalam satu perkongsian di Instgaram story pula dia turut berterima kasih atas sokongan setia daripada pelanggannya sejak jenama berkenaan diperkenalkan.

Dalam perkongsian sama juga disertakan gambar kenangan sewaktu jenama berkenaan bermula dan pelanggan-pelanggan yang beratur panjang mendapatkan koleksi mereka.

Susulan penutupan itu juga, Jovian mengumumkan penjualan penghabisan stok di semua cawangan dan secara talian.

Sementara itu, ramai yang meluahkan rasa sedih dengan penutupan itu. Ada yang mengatakan setiap koleksi yang dikeluarkan oleh jenama itu menjadi pilihan mereka setiap kali lebaran. Selain itu juga, mereka turut memuji koleksi pelitup muka yang dikatakan sangat selesa dipakai.

Sumber: jmandagie

The post Setelah 17 tahun, Jovian Mandagie umum penutupan 2 jenama appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar