-->

Lelaki tak kisah isteri tak bekerja – ‘Saya sebagai suami, saya yang kena tanggung dia’

Setiap rumah tangga memerlukan kewangan yang stabil untuk menyara kehidupan. Oleh itu, adakalanya si isteri perlu bekerja untuk membantu menambah pendapatan suami. Namun, isu wanita mengidam gaji bakal suami sebanyak RM9,000 telah mencetuskan pelbagai reaksi baru-baru ini.

Sebagai respons, TikToker Pokyaa TV telah melakukan tinjauan di kalangan lelaki bergelar suami mengenai berapakah gaji bakal isteri yang mereka idamkan.

Hasil tinjauan menunjukkan pandangan yang berbeza-beza:

Responden 1: “Tak kerja pun tak apa. Tapi kalau kerja, ada gaji, Alhamdulillah”.

Responden 2: “Bagi saya, perempuan tu tak payah kerja kot. Sebab saya sebagai suami, saya yang kena menanggung dia.”

Responden 3: “Gaji? Nak buat apa dengan gaji? Yang penting, dia mestilah solehah. Tahu menguruskan rumah tangga dan sebagai suami, dia reti hormat saya, cukuplah.”

Responden 4: “36 D”

Dari tinjauan ini, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan lelaki tidak kisah jika isteri mereka tidak bekerja asalkan pandai menguruskan rumah tangga.

Namun, ini mungkin hanya terpakai di kawasan luar bandar sahaja berbanding pasangan yang hidup di kawasan bandar memerlukan kos sara hidup yang tinggi.

Ini juga menunjukkan bahawa pendapat mengenai gaji bakal pasangan adalah subjektif dan bergantung kepada persekitaran dan keadaan individu tersebut.

The post Lelaki tak kisah isteri tak bekerja – ‘Saya sebagai suami, saya yang kena tanggung dia’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar