-->

‘Nak cerita pasal haji atau tayang body?’ – Netizen kritik Fezrul Khan

Pelakon Fezrul Khan semalam berkongsi video POV terlupa cara memakai ihram ketika pergi menunaikan ibadah haji.

“Pasang niat dulu. Labbaikallah ke haji 20++ Insha-Allah,” tulis Fezrul pada kapsyen video tersebut.

Ada netizen yang memuji Fezrul pandai menjaga badan.

“Okay-okay, dah nampak badan abang clean gila. Hardwork pay off ya. Good job!” kata pengikutnya.

Bagaimanapun, netizen mengkritik dan mendakwa Fezrul mahu menayangkan bentuk badannya kepada para pengikutnya di media sosial.

“Isi content dah bagus. Yang tak bagusnya, nak tunjuk apa sebenarnya? Nak cerita pasal haji atau nak tayang body? Tak payah beria sangat tayang-tayang body bang,” kata ad1warna.

“Puak-puak ini sebenarnya lebih kepada nak tayang body je. Time boroi dulu, elok je berlitup,” kata Fedrick Lim.

The post ‘Nak cerita pasal haji atau tayang body?’ – Netizen kritik Fezrul Khan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar