-->

Filem Shaitaan bawa sisi berbeza dunia Bollywood

Kebiasaan filem Bollywood hanya memaparkan adegan yang sudah dapat diteka oleh penonton. Kisah-kisah klise atau streotaip seperti perkahwinan terhalang, percintaan dua darjat, hero dan sebagainya sudah menjadi ‘ramuan’ dalam pembikinan drama atau filem mereka.

Bagaimanapun, filem Shaitaan yang baru sahaja ditayangkan menerusi Netflix menjadi sebutan ramai dan tular di media sosial.

Shaitaan lakonan Ajay Devgn, R. Madhavan dan Jyothika menampilkan sisi yang berbeza dengan memaparkan unsur suspen dan seram. Katanya, filem ini merupakan remake daripada filem Gujarati bertajuk Vash.

Shaitaan mengisahkan tentang sebuah keluarga Kabir lakonan Ajay bersama isteri dan anak-anaknya bercuti di kediaman mereka di sebuah ladang. Percutian mereka bertukar tragedi apabila mereka dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki misteri, Vanraj.

Vanraj telah menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan anak perempuan Kabir. Ketika pertemuan mereka bersama Vanraj di sebuah kedai makan,

Vanraj telah memberikan anak perempuan Kabir manisan yang telah disihir.

Selepas insiden berkenaan, anak perempuan Kabir patuh dengan segala arahan daripada Vanraj sehingga sanggup mencederakan adik lelakinya. Selain itu juga, Vanraj telah mengarahkan anak perempuan Kabir untuk membunuh ibunya sekiranya enggan mendengar arahan daripada Vanraj.

Vanraj sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan anak perempuan Kabir.

Menerusi filem ini dapat dilihat walaupun individu mempunyai kuasa yang luar biasa namun tidak dapat menandingi kuasa yang dimiliki oleh ibu dan bapa demi menyelamatkan anaknya. Kerana rasukan syaitan juga, individu sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan kuasa.

Sumber: Netflix

The post Filem Shaitaan bawa sisi berbeza dunia Bollywood appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar