-->

Netizen lancarkan gerakan Blockout 2024, selebriti & pempengaruh terkenal Malaysia dalam senarai?

Konflik berterusan yang melanda rakyat Palestin membuatkan masyarakat dunia semakin gelisah melihat perkembangan yang berlaku. Seakan tidak berkesudahan, ada yang seolah sudah melupakan apa yang terjadi.

Selain itu juga, kempen boikot produk yang menyumbang kepada Israel juga dilihat sudah semakin sepi. Bukan hanya masyarakat biasa, selebriti dan juga pempengaruh juga dilihat sudah kembali bekerjasama dengan produk dan jenama yang diboikot.

Lantaran itu, satu kempen atau gerakan yang telah dimulakan oleh rakyat di Amerika Syarikat dinamakan sebagai Celebrity Block list (Blockout 2024). Netizen di Malaysia turut menamakan beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal dalam senarai gerakan ini.

Kata mereka, gerakan ini dilakukan kerana melihat selebriti dan pempengaruh berkenaan seolah tidak peka dengan apa yang berlaku selain tidak memenuhi permintaan peminat supaya bersolidariti terhadap isu yang melanda Gaza dan berhenti bekerjasama dengan produk yang diboikot.

Walaupun usaha kecil ini dikatakan tidak membuahkan hasil, namun kata mereka sekurang-kurangnya dapat membantu rakyat di Palestin.

“Gerakan ini bukan untuk menyerang atau memalukan selebriti, tetapi sebagai peringatan dengan siapa mereka menyokong,” kata netizen.

Susulan gerakan ini juga, dilihat beberapa selebriti dan pempengaruh mula memuat naik kembali hantaran solidariti mereka terhadap Palestin.

Sumber: Jaringan X

The post Netizen lancarkan gerakan Blockout 2024, selebriti & pempengaruh terkenal Malaysia dalam senarai? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar