-->

‘Dia tak pernah masak’ – Suami bunuh isteri guna berus gigi sebab malas memasak

Seorang lelaki bernama Iwan, 20, nekad membunuh isterinya, Risma, 19, dalam kejadian malam Sabtu lalu di kediaman mereka di Daerah Kerimun, Riau, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Karimun, Asisten Komisioner Fadli Agus berkata, perkara itu diketahui oleh ibu mangsa, Nurida, 49, yang datang ke rumah sewa anaknya pada keesokan hari.

Ibu mangsa terkejut apabila melihat anaknya dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas katil dengan lehernya tertusuk berus gigi.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek yang merancang untuk melarikan diri ke pulau. Polis terpaksa melepaskan tembakan di kaki suspek yang melawan ketika cuba ditahan.

Siasatan mendapati, pembunuhan itu berlaku pada jam 8 malam. Pasangan suami isteri itu sempat bertengkar sebelum suspek bertindak mencekik mangsa sebenyak dua kali dan kemudian menusuk lehernya dengan menggunakan berus gigi yang telah diruncingkan.

Setelah membunuh mangsa, suspek melarikan diri dan sempat tidur di luar rumah penduduk berdekatan sebelum pergi ke pelabuhan untuk melarikan diri ke pulau lain.

Malas masak, syak isteri curang

Suspek mengakui dia nekad membunuh mangsa kerana sakit hati dan dendam yang sudah dipendam sekian lama.

“Setiap kali saya pulang kerja, dia tidak pernah masak. Selalunya saya makan sendiri.

“Kalau saya suruh dia masak atau cuci baju, dia selalu kata dia bukan orang gaji di rumah ini,” katanya.

Selain itu, suspek kesal apabila setiap kali berlaku pertengkaran, ibu mertuanya selalu masuk campur. Lebih bertambah marah lagi apabila ibu mertua selalu meminta anaknya mencari lelaki lain untuk dijadikan sebagai suami.

Suspek turut mengakui dia cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Malah pernah mencekup isterinya melakukan persetubuhan dengan lelaki lain ketika membuat panggilan video dengannya di rumah.

“Selalu. Pertama saya jumpa dia di hotel dengan lelaki lain. Kali kedua, saya jumpa dia keluar dengan lelaki lain. Kali ketiga dari video call dan dari situ saya dah tak dapat maafkan dia,” katanya.

Bagaimanapun dia menyesal kerana akibat dari perbuatannya itu, dia kini terpaksa berjauhan dengan anak lelakinya yang masih berusia dua tahun tiga bulan.

Ibu mertua nafi dakwaan menantu

Sementara itu, Norida tampil menafikan dakwaan menantunya itu. Dakwaan anaknya curang dan keluar dengan lelaki lain juga dinafikannya.

“Alasan tak masak juga tidak benar. Anak saya tak masak sebab di rumah sewa mereka tak ada dapur, tak ada peralatan memasak. Setiap hari anak saya selalu masak di rumah saya dan kemudian bawa pulang ke rumah untuk diberi kepada suaminya.

Sumber: Kompas

The post ‘Dia tak pernah masak’ – Suami bunuh isteri guna berus gigi sebab malas memasak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar