-->

‘Tahun ni balik beraya dengan air mata’ – Pengadu kecewa dianiaya bengkel kereta

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah bengkel kereta yang didakwa telah menganiayanya.

Difahamkan, pengadu hanya ingin menukar kompresor penyaman udara keretanya agar dia dan anak-anaknya tidak kepanasan semasa perjalanan pulang ke kampung untuk beraya. Namun, dia merasa terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM440, tidak termasuk harga barang sparepart yang hampir RM530.

“Saya habiskan simpanan saya demi anak-anak yang nak balik berjumpa dengan nenek dan datuk di kampung. Tetapi apa yang saya dapat? Aircond cuma keluar angin sahaja. Kalau nak sejuk sikit, kena pasang level nombor empat.

“Jumlah bayaran itu mungkin kecil di mata kamu, tetapi itu adalah simpanan sebulan saya,” kata Anne yang sanggup menghabiskan simpanannya demi anak-anaknya yang teringin pulang berjumpa dengan nenek dan datuk di kampung.

“Kami beli baju raya harga RM20 saja. Tak apa, asalkan anak-anak ada baju raya. Tapi bila duit hampir seribu dibayar, tetapi balasan kekecewaan yang kami dapat? Saya rasa teraniaya,” tambahnya.

Pengadu juga merasa dianiaya kerana dia telah membayar hampir seribu ringgit, tetapi apa yang dia dapat hanyalah kekecewaan.

“Saya betul-betul rasa teraniaya sangat-sangat. Bila saya komplain, rasa macam korang lepas tangan. Nak baiki kat tempat lain pula. Memang dah tak ada duit, nak tak nak tahun ini balik beraya dengan air mata,” katanya.

Pengadu tiba-tiba mohon maaf

Bagaimanapun selepas beberapa jam kemudian, pengadu tampil memohon maaf di atas tindakannya berkongsi luahan tersebut yang dikatakan tidak berasas dan tanpa bukti kukuh.

“Permohonan maaf kepada semua pihak yang terlibat. Tuduhan yang saya luahkan mengenai pusat servis adalah tidak berasas.

“Saya mengakui bahawa tuduhan tersebut adalah palsu dan fitnah, serta tidak adil terhadap reputasi pusat servis yang saya tidak nyatakan namanya,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen, majoriti netizen di mengesyaki pengadu telah diugut oleh pihak bengkel berkenaan, meskipun dalam luahan pengadu tidak menyatakan nama mana-mana bengkel.

The post ‘Tahun ni balik beraya dengan air mata’ – Pengadu kecewa dianiaya bengkel kereta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar