-->

‘Mentaliti bergegar botol budu’ – Doktor selar individu sindir ibu bapa speaking dengan anak bila balik kampung

Setiap kali menjelang raya, ada sahaja isu yang akan diperkatakan dan pesanan buat perantau apabila pulang ke kampung.

Saban tahun, ada sahaja yang seolah tidak senang dengan situasi mendengar ibu bapa menasihati anak mereka dengan berbahasa Inggeris. Soal mereka, kenapa tidak hanya menggunakan bahasa Melayu yang lebih sesuai dengan persekitaran dan budaya kita.

Seorang pegawai perubatan bagaimanapun tidak bersetuju dengan sindiran yang dibuat oleh segelintir masyarakat kita terutamanya di Pantai Timur.

“Sebenarnya tu merupakan satu latihan yang bagus untuk memberikan anak-anak tu penguasaan dan keyakinan yang lebih tinggi dalam menguasai bahasa Inggeris. Tapi biar balancelah bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris,” katanya.

Melemahkan keyakinan

Katanya lagi, sindiran sebegini dilihat melemahkan keyakinan seseorang.

“Itulah budayanya. Tanyalah mana-mana cikgu yang mengajar di Pantai Timur, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Pantai Timur sangatlah rendah.

“Sebab itu juga bila dah masuk Universiti, nak buat tesis atau viva, terkemut-kemutlah nak speaking. Sama juga kalau nak cari kerja atau interview.

“Daripada sekolah nak belajar, tapi budayanya tak mengizinkan, budaya yang sangat kejam, tidak meraikan untuk orang belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa asing,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut berpesan pada ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak mempelajari pelbagai bahasa.

Sumber: Alpha Zaki

The post ‘Mentaliti bergegar botol budu’ – Doktor selar individu sindir ibu bapa speaking dengan anak bila balik kampung appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar