-->

‘Hari-hari kena sedekah walaupun secawan kopi’ – Allahyarham Jaafar Onn

Baru-baru ini dunia seni hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Jaafar Onn, yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

Pemergian beliau bukan hanya dirasai oleh rakan-rakan selebritinya, malahan peminat-peminat Allahyarham berasa sedih dengan kehilangan watak utama Cili Padi itu.

Watak Cikgu Jaafar sudah pastinya sentiasa diingati sehingga kini.

Seperti kata pepatah ‘manusia mati meninggalkan nama’, begitu juga kebaikan yang ditonjolkan oleh Allahyarham semasa hayatnya diperkatakan. Tular ketika ini sesi temubual dalam satu rancangan Allahyarham amat menitikberatkan soal sedekah.

“Bermula Bismillah 21 kali, sedekah RM2 setiap hari ke surau atau ke mana-mana sahaja. Itu penting. Amalan kita daripada arwah datuk kita bagitahu.

“Kau tak payah buat orang nak suka kau, orang akan suka kau. Hari-hari kena sedekah, walaupun secawan kopi,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang tidak menafikan kebaikan dan amalan Allahyarham. Semoga segala amalan kebaikan yang dibuat diterima Allah dan dipermudahkan jalannya ke syurga abadi. Al-Fatihah.

Sumber: pbevent

The post ‘Hari-hari kena sedekah walaupun secawan kopi’ – Allahyarham Jaafar Onn appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar