-->

‘Kami tenang dapat kongsi rezeki’ – XYZ Mission edar telur ayam percuma kepada rakyat

Tiga hari lalu, XYZ Mission / XYZ Team Project mengedarkan 100 ekor ayam mentah percuma kepada orang awam di Bukit Bintang, mengundang perhatian ramai.

Ramai yang memuji usaha mereka membantu rakyat yang memerlukan. Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan lokasi pengedaran ayam percuma itu, termasuk identiti mereka.

Menjawab persoalan itu, XYZ tampil menjelaskan kesemua team XYZ adalah Melayu Islam dan kehadiran mereka adalah untuk membantu lebih ramai orang.

Jumaat lalu, XYZ sekali lagi mengedarkan bekalan telur ayam secara kepada penduduk di Puchong Perdana, selepas selesai Solat Jumaat di Masjid As-Salam.

@xyzteamproject

2nd Mission : Telur Ayam free untuk semua (Masjid As-Salam Puchong Perdana) Next location?

♬ original sound – XYZMISSION – XYZMISSION

Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok rasmi XYZ, ramai penduduk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pemberian telur percuma itu.

Salah seorang ahli XYZ turut memegang plakad bertulis mereka bukan influencer, selebriti dan siapa-siapa.

Rezeki dikongsi adalah dari sumber halal

“Bagi mereka yang berkemampuan, mungkin pemberian kami ini tidak seberapa. Tetapi lain pula bagi mereka yang kurang bernasib baik.

“Hadirnya kami adalah untuk menyampaikan mesej kepada netizen di luar sana kerana mungkin ada yang mempunyai persepsi ‘Berilah kepada Melayu sahaja’.

“Tetapi pada kami, rezeki yang dikongsi bukanlah untuk satu golongan semata-mata. Sebagai umat Islam, kami percaya bahawasanya rezeki itu datang daripada Allah SWT.

“Kami bukanlah dari golongan yang kaya, kami hanyalah rakyat biasa. Dan rezeki yang kami kongsikan adalah berpunca daripada sumber yang halal.

“Perjalanan kami masih panjang dan apa yang kami harapkan adalah doa dari rakyat Malaysia,” katanya.

Jangan ambil kesempatan

Menjengah ke ruang komen, ramai netizen meluahkan rasa bersyukur adanya sekumpulan insan yang bermurah hati seperti ini tampil membantu rakyat yang memerlukan.

“Kalau aku nampak, aku takkan ambil. Ada lagi yang tak mampu dari aku,” kata Fakhrul.

“Menteri-menteri gaji berpuluh ribu pun tak dapat buat macam ni,” kata Mar.

“Mana yang rasa memerlukan, datanglah ambil. Rasa masih dapat bertahan dengan takdir, janganlah ambil kesempatan. Alhamdulillah, rakyat bantu rakyat. Syukur padaMu Ya Rahman,” kata Mat Ayep.

The post ‘Kami tenang dapat kongsi rezeki’ – XYZ Mission edar telur ayam percuma kepada rakyat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar