-->

‘Mak budak tu pun okay dengan tindakan kami’ – Isu melutut selesai, Caprice minta netizen move on

Penyanyi rap, Caprice, menyarankan netizen berhenti mengkritik tindakan isterinya yang meminta individu menghina anak mereka melutut sebagai tanda permohonan maaf, tempoh hari.

Sebalik, Caprice memaklumkan isu tersebut telah diselesaikan dan netizen boleh move on.

“Mak budak tu pun okay dengan tindakan kami. So kepada sesiapa yang masih tidak berpuas hati dengan cara Elis (Farra Inalis), dah boleh move on,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Dalam hantaran itu, Caprice turut menyertakan gambar tangkap layar perbualannya dengan individu yang dipercayai abang kepada lelaki yang menghina anaknya sebelum ini.

“As my brother willing nak pergi jumpa Cap, minta maaf. Sebab dosa sesama manusia dengan berjumpa depan-depan untuk meminta kemaafan.

“My mom pesan tak mau dah isu ini dipanjangkan,” katanya.

Padam video

Selain itu, Caprice juga telah memadamkan video tersebut dan digantikan dengan video yang telah disunting.

“Selepas mempertimbangkan pendapat followers, ustaz, wife dan kalian, kami ambil keputusan untuk padam video lama yang mengandungi part melutut.

“Dan repost video ini (video sama telah disunting) ini sebagai closing unttuk kes. Cap berharap boleh jadi satu pengajaran besar untuk semua keyboard warriors di luar sana, yang berani body sahme atau hina kanak-kanak.

“Saya mohon maaf juga kepada mereka yang tidak bersetuju dengan bahagian melutut tersebut,” katanya.

The post ‘Mak budak tu pun okay dengan tindakan kami’ – Isu melutut selesai, Caprice minta netizen move on appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar