-->

‘Sebelum menutup mata’ -Wan Maimunah sebak & terharu terima panggilan Haji

Pelakon veteran, Wan Maimunah meluahkan rasa terharu dan sebak apabila terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Dia akan seakan tidak percaya bakal menjadi tetamu Allah dalam tempoh terdekat dan bersyukur doanya ketika mengerjakan umrah termakbul.

“Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.

“Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan.

“Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” katanya.

Wan Maimunah bakal berangkat ke Tanah Suci pada 10 Mei ini.

“Walaupun ke sana berseorangan, tapi saya yakin Allah akan jaga saya. Doakan semoga urusan ibadah haji saya berjalan lancar dan dipermudah semuanya,” katanya.

Sumber: Berita Harian, Anne Abdullah

The post ‘Sebelum menutup mata’ -Wan Maimunah sebak & terharu terima panggilan Haji appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar