-->

David Teo dedahkan hampir mati disihir ahli keluarga terdekat

Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo mendedahkan pernah disihir oleh ahli keluarga terdekat. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2018, semiggu selepas bapanya meninggal dunia.

Antara simptom yang dialami oleh beliau adalah sukar tidur malam, terasa sejuk di tempat panas, hilang semangat kerja dan kuat makan. Seminggu selepas kematian bapanya, dia mula tidak lena tidur, dan bacaan darah juga naik. Pada mulanya dia menyangka hanya sakit biasa, tetapi masih juga tidak sembuh.

“Saya sangka sakit biasa dan makan ubat hospital tetapi masih tidak baik. Selain itu, saya sering terasa sejuk walaupun berada di tempat yang panas.

“Bayangkan saya pakai baju tebal untuk musim sejuk di tengah terik matahari dan saya tidak rasa panas langsung. Saya juga hilang semangat kerja dan sentiasa fikir mahu mati,” kata David.

Antara perkara pelik yang dialaminya, David mampu makan nasi dengan kerap sehingga pukul 3 pagi. Malahan dia mampu makan sehingga 10 biji telur separuh masak dengan sekali makan sedangkan dia bukan penggemar telur separuh masak.

Perubatan secara Islam

Dia kemudiannya dibawa berubat dengan cara perubatan Islam apabila disedari oleh pekerja syarikatnya tentang perubahannya. Perawat tersebut memaklumkan dia boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera. Pelaku dikatakan telah memasukkan lintah ke dalam badannya untuk membuatkan dirinya sakit secara perlahan-lahan.

“Selepas dirawat saya kembali sihat dan menjadi diri saya yang normal. Meskipun saya banyak menerbitkan filem seram dan mistik, inilah adalah pengalaman pertama saya hadapi sihir dan santau,” katanya.

Katanya lagi, disebabkan konflik keluarga, ahli keluarganya itu sanggup berbuat demikian.

“Saya ingat orang lain rupanya ahli keluarga sendiri. Patutlah semasa sakit, saya bermimpi ukiran kayu.

“Sebab saudara saya itu memang tinggal dan bekerja di Indonesia sudah lebih 10 tahun. Sekarang selepas saya sihat hubungan kami seperti biasa, tidaklah rapat.

“Cuma saya sudah berjanji untuk tidak mempertikaikan lagi perbuatan dia. Hati saya sudah melepaskan apa yang berlaku,” kongsinya.

Pengalaman yang dilalui beliau turut diselitkan dalam filem seram arahan Pierre Andre yang akan menemui penonton pada tahun ini.

Sumber: Kosmo

The post David Teo dedahkan hampir mati disihir ahli keluarga terdekat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar