-->

Isteri maut dibunuh & dikerat oleh suaminya yang mendapat ‘bisikan ghaib’

Seorang wanita berusia 44 tahun maut dibunuh dan dikerat oleh suaminya berusia 50 tahun dalam keadian di Ciamis, Jawa Barat, Indonesia.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Daerah Jawa Barat, Komisioner Jules Abraham Abast berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi, Jumaat.

Beliau mengesahkan, suspek telah berjaya ditahan orang awam tidak beberapa lama sebelum kejadian itu dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal mendapati, mangsa yang dikenali sebagai Yanti, dibunuh dan mayatnya dikerat kepada empat bahagian menggunakan pisau.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk menjalani autopsi bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Suspek sempat jaja daging mangsa

Menurut saksi, kes perbuatan suspek itu terbongkar selepas penduduk menyedari dia membawa besen kecil berisi daging isterinya. Ketika itu juga, suspek sempat menjaja daging mangsa kepada penduduk di sekitar lokasi kejadian.

“Awalnya saya tak tahu ada kes pembunuhan. Suspek bawa besen berisi daging sambil berkata ‘Beli daging Yanti, beli daging Yanti,” katanya.

Setelah mengetahui kes itu, barulah saksi segera melaporkan perkara itu kepada polis dan suspek terus ditangkap di lokasi.

Bisikan ghaib

Sementara itu, Ketua Unit Jenayah, Balai Polis Ciamis, Inspektor Joko Prihatin berkata, pihaknya masih mendalami kes tersebut. Hasil keterangan dari sejumlah saksi, pasangan terbabit dikatakan sempat bertengkar dalam beberapa hari sebelum kejadian.

Dari keterangan keluarga mangsa, masyarakat hingga pusat kesihatan masyarakat (PUSKESMAS), suspek sering mengalami perubahan perilaku dalam beberapa hari terakhir.

Suspek dipercayai mengalami masalah depresi. Tetapi dakwaan itu perlu disahkan oleh doktor pakar jiwa.

Suspek mengaku mendapat bisikan ghaib yang meminta dia berbuat demikian. Sebelum ditahan, suspek cuba membunuh diri tetapi sempat dihalang oleh penduduk.

Selain itu, ada sumber yang mendakwa suspek menanggung hutang judi sebanyak 150 juta rupiah (RM44,000) dan peniagaan yang dijalankan juga bankrap.

Sumber: CNN Indonesia

The post Isteri maut dibunuh & dikerat oleh suaminya yang mendapat ‘bisikan ghaib’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar