-->

‘Kami sangat penat, saya sumpah. Cukuplah!’ – Wanita Gaza menangis, persoal tindakan negara-negara Arab

Rakyat Palestin telah diarahkan oleh tentera Israel untuk meninggalkan lebih banyak kawasan di timur Rafah dan utara Semenanjung Gaza. Arahan tersebut diterima penduduk melalui teks dan mesej audio ke telefon bimbit mereka.

Menerusi satu laporan, tindakan tersebut dibuat beberapa hari selepas kereta kebal dan tentera Israel memasuki Rafah. Rafah merupakan tempat yang paling selamat buat penduduk Gaza untuk mencari perlindungan dengan jumlah majoriti 2.4 juta penduduk.

Seolah tidah berkesudahan, konflik yang berterusan ini telah mengorbankan banyak nyawa.

Tiada kata yang mampu lagi dituturkan, hanya doa yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup rakyat disana. Namun begitu, dalam kepenatan mereka berdepan dengan kekejaman Israel, luluh lagi hati mereka dengan sikap negara-negara yang masih berdiam diri tanpa perjuangkan nasib mereka.

“Kami sangat penat, saya sumpah. Cukuplah! Setiap hari kami berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Ke mana lagi yang kami patut pergi?

“Ya Allah, ambillah nyawa kami, tiada siapa yang membela kami. Dimanakah negara-negara Arab yang lain?

“Lihatlah apa yang terjadi pada kami? Ada ke sesiapa yang mencari kami? Kami telah berpecah belah, Ya Allah,” kata wanita Palestin sambil menangis.

Terdahulu, Tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan pertamanya untuk bahagian timur Rafah berkata ia sebagai persediaan untuk serangan darat yang dijangkakan secara meluas.

Pegawai Israel telah menyatakan akan menghantar tentera darat ke Rafah yang merupakan tempat empat batalion Hamas di bandar selatan itu yang perlu dibongkar.

Sumber: Harian Metro, Cinta Gaza Malaysia

The post ‘Kami sangat penat, saya sumpah. Cukuplah!’ – Wanita Gaza menangis, persoal tindakan negara-negara Arab appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar