-->

Sekumpulan lelaki Israel sekat trak bantuan & musnahkan ratusan kotak makanan ke Gaza

Masyarakat dunia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat di Palestin. Sebagai tanda sokongan dan simpati, kempen dan gerakan boikot dijalankan keatas barangan dan produk yang menyumbang kepada Israel.

Susulan dengan itu juga, beberapa buah negara turut menyumbang bantuan makanan, minuman dan pakaian serta ubat-ubatan kepada rakyat di sana.

Melalui udara, daratan dan laut pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan rakyat di sana menerima dengan sebaiknya sumbangan tersebut.

Namun begitu, satu video tular merakamkan sekumpulan lelaki Israel bertindak sebaliknya. Mereka telah memusnahkan sumbangan yang diberikan kepada penduduk Palestin di pusat pemeriksaan Tarqumiya.

Rakaman video menunjukkan beratus-ratus kotak telah dipijak, dilambung dan dimusnahkan oleh mereka.

Tindakan mereka telah mencetuskan kemarahan masyarakat dunia dan menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menerusi satu laporan mengatakan pelaku sudah ditahan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Nadia Azman

The post Sekumpulan lelaki Israel sekat trak bantuan & musnahkan ratusan kotak makanan ke Gaza appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar