-->

‘Seram bila teringat balik’ – Dagu rider terkoyak, terkena benang melintang di Lebuhraya SUKE

Malang tak berbau, seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian dagu dan jarinya selepas terkena benang yang dipasang secara melintang di laluan motosikal.

Mangsa, Muas Rosdi, berkongsi mengenai kejadian malang yang menimpanya itu di akaun X semalam.

“Isnin 13 Mei 2024, jam 6.30 petang. Dagu aku terkoyak, terkena benang yang melintang jalan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), selepas exit Taman Kosas, Ampang, menghala ke Tol Bukit Teratai.

“Selepas kejadian ini, aku rela lalu MRR2 yang sesak tu. Untuk yang bertanya macam mana benang itu boleh ada di tengah-tengah highway, aku pun tak tahu. Tiba-tiba ZASSS! terkena dagu. Nasib baik aku sempat tarik benang guna jari. So jari ada terluka sikit,” katanya.

Selepas ciapannya itu tular, Muas telah dihubungi oleh pihak SUKE yang kemudian mengambil keterangannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai ciapan yang tular itu tetapi belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Justeru, beliau menggesa mangsa tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut.

The post ‘Seram bila teringat balik’ – Dagu rider terkoyak, terkena benang melintang di Lebuhraya SUKE appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar