-->

‘All eyes on Rafah, who’s that?’ – Ning Baizura dikecam tak cakna isu semasa berlaku

Penyanyi Ning Baizura menjadi kritikan ramai apabila dikatakan tidak cakna dengan isu semasa yang melanda Gaza.

Menerusi satu rakaman siaran langsung (live) di Instagram beliau pada minggu lalu, Ning seolah terpinga-pinga dengan komen yang menyentuh isu yang berlaku di Rafah.

“All eyes on Rafah. Who’s that?” soalnya.

Reaksi yang diberikan oleh pelantun suara Awan Yang Terpilu itu mengejutkan netizen.

Susulan itu juga, Instagram Ning Baizura dihujani dengan komen yang mengkritik sikap penyanyi itu.

Netizen mula membanjiri komen dengan meletakkan slogan ‘All eyes on Rafah’.

“Macam mana dia boleh persoal balik apa eyes on Rafah, lepas tu gelak? Takkan dia tak tahu langsung,” kata netizen.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh penyanyi tersebut berhubung isu berkenaan.

Sumber: ningdalton

The post ‘All eyes on Rafah, who’s that?’ – Ning Baizura dikecam tak cakna isu semasa berlaku appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar