-->

Wanita meninggal dunia selepas cabut gigi geraham, suami mahu saman doktor gigi

Seorang wanita berusia 31 tahun, Nira Pranita Asih, dari Ngawi, Jawa Timur, meninggal dunia selepas menjalani prosedur mencabut gigi geraham atas nasihat doktor.

Menurut suaminya, Davin Ahmad Sofian berkata, isterinya sebelum itu mengadu sakit gigi geraham pada 28 Disember 2023.

Davin kemudian membawa Nira ke Klinik Pergigian Walikukun yang berhampiran dengan tempat kerjanya. Selepas melakukan imbasan sinar X di Hospital Sarila Husada, doktor mencadangkan Nira perlu mencabut geraham yang condong ke kiri.

Malangnya, selepas prosedur itu, gusi Nira membengkak dan dia kemudian dibawa ke Hospital Panti Waluyo Solo untuk pemeriksaan lanjut sebelum disahkan terdapat jangkitan pada tekaknya.

Keadaan Nira semakin merosot dan tidak boleh bercakap. Doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dan ubat antibiotik yang diberikan tidak berkesan. Nira dibawa ke Hospital Dr Oen Solo kerana jangkitan merebak sehingga saluran pernafasan.

Pada 4 Januari, keadaannya semakin tenat dan terpaksa memakai alat bantuan pernafasan. Dia juga terpaksa menjalani pembedahan di leher dan lapisan paru-paru kanan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Selepas keluar dari hospital, Nira hilang kemampuan bercakap selama sebulan kerana lehernya ditebuk. Dia terpaksa makan menggunakan tiub dan sukar berjalan. Keadaannya semakin merosot sehingga berat badannya mencecah 27 kilogram dan meninggal dunia pada 27 April lalu.

Davin kini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor yang mencadangkan Nira mencabut gigi geraham itu. Namun, doktor yang mengendalikan kes ini enggan bertanggungjawab dengan alasan semua pembedahannya mengikuti prosedur yang ditetapkan. – Agensi

The post Wanita meninggal dunia selepas cabut gigi geraham, suami mahu saman doktor gigi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar