-->

‘Seminggu dah kena marah, jerit, jeling’

Autism ADHD atau lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder, adalah satu keadaan yang mempengaruhi kanak-kanak dalam pelbagai cara, termasuk dalam interaksi sosial dan tingkah laku. Kanak-kanak yang menghidap Autism ADHD memerlukan pemahaman dan sokongan dari masyarakat, bukan hinaan atau kemarahan.

Seorang wanita bernama Nabila telah berkongsi pengalaman melalui platform TikTok mengenai anak lelakinya, Ahnaf Muhaimin, yang didiagnosa dengan Autism ADHD.

Muhaimin didiagnosa pada usia dua tahun dan telah dimasukkan ke dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk memastikan dia juga mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain.

Namun, Nabila baru-baru ini memaklumkan anaknya dilayan secara kasar semasa beraya di kampungnya.

@bellburn

Anak syurga ibu.. bersabarlah kita ok.. “anak ibu pon berhak raya mcm orang” #anaksyurgaraya #raya #autismberaya #autism #autismacceptance #SlowZoom

♬ Very Sad – Enchan

“Seminggu dah kena marah, kena jerit, kena perli, kena halau, kena jeling,” katanya dalam salah satu video TikToknya.

Tambahnya, mereka sekeluarga jarang berpeluang pulang ke kampung dan anaknya sangat suka suasana kampung dan bebas bermain.

“Anak saya memang dari dua tahun dah diagnosis autism ADHD. Anak saya budak baik je. Cuma dia tak diam, happy person. Mengamuk tidak, menyusahkan pun tidak. Dia tak diam sesaat, buat orang penat tengok dan rimas.

“Orang susah nak faham dan berlapang dada. Kadang-kadang suka tanya soalan bodoh, yang nak jawab pun tak reti la kita nak jawab,” katanya.

Pentingnya pemahaman dan sokongan terhadap kanak-kanak yang menghidap Autism ADHD. Orang ramai perlu beringat, mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain dan mereka memerlukan pemahaman dan sokongan dari semua pihak.

The post ‘Seminggu dah kena marah, jerit, jeling’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar