-->

‘Suami sekarang memang kena lembik ke?’ – Lelaki tegur content tunjuk sikap isteri kurang ajar

Apa sahaja perkara pelik atau jenaka dijadikan sebagai satu konten oleh masyarakat tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku.

Seperti menjadi ikutan pula, konten suami isteri juga dijadikan sebagai satu tarikan netizen.

Jika konten berkenaan mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang baik, tidak menjadi masalah. Tetapi sesetengah daripadanya menggambarkan sebaliknya.

Perkara tersebut juga disuarakan oleh lelaki ini yang menyatakan konten dibuat lebih-lebih lagi konten hari raya dilihat kaum wanita seperti tidak beradab.

“Sebab apa saya tak berkenan? Sebab bila sebut joke rumah tangga ni orang perempuan mesti kurang ajar. Jenis tak boleh kalah, dah mintak maaf, salahkan suami balik.

“Kalau tak kurang ajar, mesti complicated. Lelaki pulak lembik, takut bini. Bila bini kurang ajar, dia tak buat apa-apa,” katanya.

Katanya lagi perkara tersebut seperti dinormalisasikan masyarakat.

“Saya rasa content creator patut dah boleh stop kot content bodoh macam ni. Seorang wanita dan lelaki Islam tak sepatutnya bersikap macam tu.

“Benda macam ni tak sepatutnya berlaku dalam rumah tangga,” katanya.

Ujarnya lagi, tidak salah untuk membuat sebarang konten jenaka sebegitu, tetapi jangan sampai membelakangi apa yang diajar dalam agama.

Sumber: Pijjie Fitness 2

The post ‘Suami sekarang memang kena lembik ke?’ – Lelaki tegur content tunjuk sikap isteri kurang ajar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar