-->

'Rezeki saya bukan di tangan manusia' - Aaron Aziz akur isteri larang berjumpa dengan Syamsul Yusof



Media semalam melaporkan pengarah Syamsul Yusof bersedia berjumpa dengan pelakon Aaron Aziz bagi menyelesaikan konflik kerja yang timbul di antara mereka.

Aaron sebelum itu ada membuat pendedahan punca sebenar dia digugurkan dari filem The Original Gangster, selepas Syamsul mengeluarkan kenyataan pelakon berasal dari Singapura itu digugurkan atas sebab masalah kesihatan, sudah berusia dan berbadan gemuk.

"Boleh nak jumpa berdua, tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.

"Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hany soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional," katanya.

Bagaimanapun, isteri kepada Aaron, Diyana Halik, tidak membenarkannya untuk berjumpa dengan Syamsul. Perkara itu disampaikan oleh Aaron sendiri menerusi hantaran di Instagramnya.

Dalam gambar tangkap layar perbualan WhatsApp, Diyana turut melarang Aaron berbuat demikian. Apatah lagi kemelut itu telah menyebabkan Diyana dan anaknya menangis.


"Bila anak bongsu saya naik bilik nangis dan bila wife saya nangis, itu maximum dah. The one person yang selalu nasihat saya, my wife.

"Kalau isteri cakap NO, masih boleh bincang. Kalau isteri cakap 'I forbid you', dah level lain.

"Tiada lagi komen dan saya takkan jawab sebarang soalan. Saya bekerja untuk keluarga dan kesihatan mental mereka adalah penting. Rezeki saya bukan di tangan manusia. Saya tumpang rezeki dari anak-anak dan isteri. Jadi mereka adalah keutamaan saya," katanya.

Sumber: Harian Metro, Instagram Aaron Aziz
LihatTutupKomentar