-->

Berang ditegur baca doa berbuka dengan laju bagaikan tiada hari esok, anak hentak kepala bapa dengan kerusi sampai patah



Seorang lelaki tergamak memukul bapanya berusia 63 tahun sehingga cedera kerana berang ditegur membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.45 malam tadi di kediaman keluarga itu di Bandar Puncak Utama.

Siasatan awal mendapati, suspek berusia 34 tahun membaca doa berbuka dengan laju seperti tiada hari esok. Perbuatannya itu kemudian ditegur oleh mangsa.

Suspek tidak berpuas hati dengan teguran itu, lalu mengangkat dan menghayunkan kerusi meja makan ke kepala bapanya sehingga menyebabkan kaki perabot itu patah. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan.

Kejadian itu dileraikan oleh seorang lagi anak mangsa dan terus menghubungi polis. Bertindak di atas maklumat, polis datang ke lokasi dan menahan suspek untuk tindakan lanjut.

Polis turut merampas kerusi yang digunakan oleh suspek untuk memukul bapanya.

Suspek akan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan / 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro
LihatTutupKomentar