-->

Polis kesan pemandu U-Turn, lawan arus di LTU Raub

Baru-baru ini tular satu hantaran video yang memaparkan beberapa buah kenderaan dari arah Bentong berpatah balik dan melawan arus untuk keluar ke susur UiTM/Simpang Krau ekoran mahu mengelakkan dari kesesakan lalu lintas di susur keluar bypass Raub.

@malaysiagazette

Tular rakaman video kereta membuat pusingan u di lebuhraya CSR Raub. Maklumat lanjut akan dikemaskini. Video: Sosial Media #malaysiagazette #CSRRaub #uturn #pusinganU

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Tindakan pemandu-pemandu berkenaan dikecam ramai kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya selain mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Susulan itu juga, Ketua Polis Daerah Raub, Supt.Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Tindakan pemandu-pemandu ini disifatkan sebagai tidak mematuhi peraturan jalan raya kerana telah menyebabkan kegusaran dan boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Raub mengesan serta mengambil tindakan tegas ke atas pemandu-pemandu yang melanggar peraturan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan/ Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

“Pengguna-pengguna jalan raya yang melalui Daerah Raub adalah dinasihatkan agar mematuhi peraturan jalan raya serta arahan anggota yang bertugas.

“Jangan bersifat pentingkan diri sendiri sehingga mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

The post Polis kesan pemandu U-Turn, lawan arus di LTU Raub appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar