-->

‘Zaman kami kena berjaga-jaga’ – Safiq Rahim mangsa terbaharu insiden jenayah

Selepas insiden menimpa Akhyar dan Faisal Halim, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan dilaporkan diserang dua lelaki pada malam tadi.

Pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial.

“Tak sangka pula saya kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga,” tulisnya.

Ketika kejadian, Safiq baru selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor.

“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.

“Dua lelaki terbabit kemudian berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian,” katanya.

Insiden tersebut menyebabkan cermin bahagian belakang keretanya pecah.

Safiq kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi.

Sumber:sportsrevobysafiqrahim

The post ‘Zaman kami kena berjaga-jaga’ – Safiq Rahim mangsa terbaharu insiden jenayah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar