-->

DJ Lin menang anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’ buat kali keempat berturut-turut

DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, penyampai radio Suria Cinta sekali lagi mengejutkan dunia hiburan tempatan dengan memenangi anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia’ buat kali keempat berturut-turut dalam Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024.

Walaupun Pengurus Besar Suria FM itu tidak dapat hadir pada majlis penganugerahan itu kerana sedang menunaikan ibadah umrah, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya sejak beliau mula menjadi penyampai radio pada tahun 1999.

“Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” katanya.

Menurut laporan Malaysia Gazette, anugerah berkenaan merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research.

Kajian tersebut melibatkan 2,000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.

The post DJ Lin menang anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’ buat kali keempat berturut-turut appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar