-->

Kenapa ‘orang have-have’ tak suka makan kat warung? Lelaki ini kongsikan sebabnya

Makan di warung atau restoran fine dining? Pertanyaan yang seringkali menjadi topik perbualan dalam kalangan masyarakat kita.

Ada yang lebih selesa makan di warung kerana suasana yang santai dan makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan. Namun, ada juga yang memilih untuk makan di restoran fine dining kerana suasana yang tenang dan perkhidmatan yang lebih teratur.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya tentang persepsi masyarakat terhadap pilihan tempat makan ini. Menurutnya, dia pernah menganggap rakan-rakannya yang tidak suka makan di warung sebagai orang yang ‘high maintenance’ dan berpendapat mereka adalah anak-anak orang kaya yang tidak boleh makan di tepi jalan.

‘Orang have² tak boleh makan tepi jalan’

“Ada beberapa kawan yang dulunya aku rasa diorang ni ‘high maintenance’ sebab diorang tak suka makan kat warung. Aku terus fikir ‘diorang ni anak orang kaya. Orang have-have. Tak boleh makan tepi jalan’.

“Aku dibesarkan dari keluarga orang susah. Makan warung sajalah selalunya. Jarang dapat makan fine dining ni,” kata Khairy Malik menerusi hantaran di Facebooknya.

Tak tahan suasana serabut

Namun, setelah mendengar penjelasan dari seorang majikannya yang juga konsultan, dia mula memahami sebab-sebab tertentu mengapa ada orang yang tidak suka makan di warung.

Majikannya menjelaskan bahawa, dia lebih suka makan di tempat yang fine dining kerana dia tidak boleh tahan dengan suasana yang serabut.

“Ada seorang bos aku ni cakap, ‘Saya tak makan kat warung. Saya kena makan di tempat yang fine dining sebab saya tak boleh serabut-serabut’.

“Waktu tu aku pun rasa, ‘Iye lah, bos aku dah consultant mestilah dia have-have. Manalah nak makan warung-warung ni’,” katanya.

Bila dah tua, baru faham maksudnya

Berkongsi pengalaman ketika pergi ke sebuah warung, barulah Khairy menyedari kebenaran kata-kata majikannya. Walaupun makanan di warung itu sedap, dia merasa tidak selesa dengan beberapa perkara.

“Makin aku tua, makin meningkat umur. Baru aku tahu maksud dia. Dah tua-tua ni, kita nak suasana tenang-tenang. Nak senyap, tak nak bising-bising. Nak hindar dari bunyi hiruk pikuk semua.

“Semalam pergi warung. Memang warung ni sedap wei tak tipu, ramai orang. Waktu beratur nak order tu, tak ada queue. Aku beratur lama, tapi ada dua tiga orang potong queue aku, dapat order dulu.

“Eh kenapa macam ni? Tak propernya ambil order dia. Lepas tu terus teringat semula apa yang consultant aku cakap. Kalau fine dining, diner in mall, lebih proper. Ya, mana ada potong-potong queue macam ni.

“Bila cari tempat duduk, duduk pula di meja yang dah penuh dengan pinggan, mangkuk dan cawan yang tak sempat dibuang oleh pelanggan.

“Tempat pula betul-betul tepi jalan, kereta lalu lalang. Budak-budak motor ramp sana sini. Asap rokok dari meja sebelah lagi. Uih terflash back lagi apa yang consultant aku cakap,” katanya.

Tak patut judge orang

Dari pengalaman itu, Khairy juga merasakan dirinya sudah mula sukakan suasana yang tenang dan teratur. Dan dia berpendapat yang dia tidak sepatutnya menghakimi orang yang suka makan di restoran atau kedai dalam mall.

“Jadi, dulu aku rasa orang yang jenis tak makan warung ni orang yang ‘high maintenance’, yang tak pernah rasa susah, yang mengada tak nak makan warung.

“Tapi bila makin meningkat tua ni, aku sendiri pun nak ketenangan. Mungkin aku tak patut judge orang yang pergi makan fine dining /restoran/ kedai dalam mall selalu. Biarlah dia nak makan tempat mahal pun. Dah dia mampu, kenapa aku nak dengki?” katanya.

The post Kenapa ‘orang have-have’ tak suka makan kat warung? Lelaki ini kongsikan sebabnya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar