-->

Azhar Sulaiman gesa artis lantang sokong Hamas berpindah ke Gaza?

Kempen Blockout 2024 yang bermula di luar negara, kini turut dilakukan di Malaysia dan telah menarik perhatian ramai.

Kempen ini menyasarkan golongan selebriti yang tidak menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berterusan dizalimi oleh Zionis semenjak tercetusnya perang pada 7 Oktober 2023.

Beberapa nama selebriti tempatan yang tidak bersuara mengenai isu tersebut turut didedahkan menyebabkan ada di antara mereka mula memuat naik hantaran menyokong rakyat Palestin.

Azhar gesa selebriti lantang sokong Hamas pindah ke Gaza?

Berbeza dengan yang lain, pelakon Azhar Sulaiman baru-baru ini telah menggesa artis Malaysia yang lantang menyokong Hamas untuk berpindah ke Gaza dan membantu rakyat di sana.

Menurutnya, mereka seharusnya tidak hanya mempromosikan dan menyokong orang lain untuk berperang, sementara rakyat Gaza menderita dan mereka sendiri terus hidup bahagia.

“Kepada artis-artis Malaysia yang lantang sangat sokong Hamas buat serangan pada 7 Oktober 2023, silalah pindah ke Gaza sekarang dan bantu orang di sana.

“Jangan sedap mulut jer promote and sokong orang lain pergi berperang. Rakyat Gaza menderita dan korang carry on hidup happy and move on. Cam sial!,” katanya

‘Salahkah mereka pertahankan tanah air sendiri?’

Kenyataan Azhar telah menimbulkan kontroversi dan mendapat kecaman dari netizen, yang menyebabkan dia segera memadamkan posting tersebut.

Seorang netizen sempat mempersoalkan mengapa Azhar tidak mengecam kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, meskipun sebelum 7 Oktober 2023.

Netizen turut mempersoalkan apakah salah rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka daripada dirampas oleh zionis.

Azhar membalas, “Serangan pada 7 Oktober memberi Israel lesen untuk melancarkan perang skala penuh”.

Ini bukan kali pertama Azhar menyuarakan pandangan bertentangan seperti ini dan mendapat kecaman dari netizen. Kebiasaannya Azhar akan memadamkan posting kontroversi itu selepas menyedari dia dikecam oleh netizen.

The post Azhar Sulaiman gesa artis lantang sokong Hamas berpindah ke Gaza? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar