-->

‘Apsal you tumbuk saya punya perut?’ – ‘Elmo’ tegaskan dia hanya pertahankan diri

Di tengah-tengah kesibukan bandar, terdapat individu yang mencari rezeki dengan cara yang kreatif. Salah satunya adalah dengan memakai kostum kartun dan berinteraksi dengan orang ramai di tempat-tempat awam. Namun, tidak semua pengalaman mereka ini berakhir dengan manis.

Sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki yang memakai kostum Elmo dari ‘Sesame Street’, terlibat dalam konflik fizikal dengan orang awam.

Tonton video kejadian di bawah:

Menurut percakapan dalam video tersebut, ‘Elmo’ mendakwa lelaki itu telah menumbuk perutnya ketika dia sedang bekerja. Tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian, ‘Elmo’ membalas dengan menyerang lelaki tersebut sebagai tindakan mempertahankan diri.

Kejadian ini disaksikan oleh dua orang awam dan salah seorang daripada mereka yang merakam video tersebut cuba meleraikan mereka. Dia juga mempertikaikan tindakan ‘Elmo’ yang menyerang lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan, sedangkan ‘Elmo’ sendiri tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit, mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku di kawasan siar kaki di sebuah pusat beli belah di Banda Hilir.

Namun, beliau juga menyatakan bahawa setakat ini, pihak polis belum menerima sebarang laporan berkenaan insiden tersebut.

The post ‘Apsal you tumbuk saya punya perut?’ – ‘Elmo’ tegaskan dia hanya pertahankan diri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar