-->

Wanita terpaksa gugurkan kandungan, trauma dapat tahu suami pedofilia

Seorang pendengar stesen radio Zayan mendedahkan suaminya merupakan seorang pedofilia. Pendedahan itu telah membuatkan penyampai radio Zayan, Faizal Ismail dan Anas Tahir dan jemputan selebriti dan pempengaruh Fynn Jamal terkejut dan marah.

“Anak pertama saya bagitahu sesuatu perkara yang mengejutkan, dimana saya dapat tahu suami saya seorang pedofilia. Masa tu saya sangat tertekan bila berlaku kat anak perempuan saya.

“Bila saya dapat tahu yang saya mengandung, saya jadi tak boleh terima keadaan. Disebabkan saya trauma besar dalam hidup, saya ambik keputusan untuk tak nak anak dah.

“Jadi, saya jumpa doktor dan doktor nasihatkan saya supaya gugurkan anak tu sebab masa tu saya dapat tahu kandungan saya dalam dua minggu,” katanya.

Setelah mendapat nasihat daripada doktor, dia mengambil keputusan gugurkan anak dalam kandungannya.

@zayan.my

Allahuakbar.. Luluh hati apabila mendengarkan penderiataan Nur yang terpaksa gugurkan anak kerana berhadapan suami yang Pedofilia dan pernah melakukan perkara yang tidak baik pada anak sulungnya. #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Suami #Anak #Isteri #Rumahtangga #fypシ゚viral #fyp

♬ original sound – ZAYAN – ZAYAN

“Saya takut, anak dalam kandungan ni akan lalui apa yang kakak dan abang dia lalui,” kongsinya.

Masih bersama suami

Namun begitu, wanita ini menyatakan dia masih bersama dengan suaminya kerana dia melihat suaminya seorang lelaki yang baik. Katanya, suaminya tidak pernah mengabaikan nafkah dan tanggungjawab.

Wanita ini turut bersetuju pendapat keluarganya dengan membawa suaminya membuat rawatan di hospital.

Fynn Jamal mengecam sekeras-kerasnya perbuatan suami wanita ini. Dan turut menyoalkan bagaimana dengan maruah dan emosi anak-anak apabila masih berdepan dengan bapa mereka.

“Pilih sebelah pihak anak kita. Ya, kita perlu bagi peluang kat suami untuk berubah tapi fikirkan trauma mangsa (anak),” katanya.

Sumber: Zayan

The post Wanita terpaksa gugurkan kandungan, trauma dapat tahu suami pedofilia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar